Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Abul Hasan pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Semasa tawaf, tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang kelihatan bersinar-sinar dan berseri-seri sekali. Kemudian dia berkata: “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wajah wanita ini. Ini pasti kerana wanita ini tidak pernah risau dan susah hati.”
Dengan tiba-tiba, wanita yang terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata: “Wahai lelaki, apa yang telah kamu katakan tadi sebenarnya, demi Allah aku tetap dibelenggu oleh perasaan dukacita. Hatiku terluka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini.”
Abul Hasan bertanya: “Apakah hal yang merisaukan kamu?”
Berkata wanita itu: “Pada Suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing kurban. Pada masa itu aku mempunyai 4 orang anak, seorang telah kahwin, seorang masih menyusu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang tua berkata kepada adiknya, “wahai adik, sudikah kau aku tunjukkan bagaimana ayah menyembelih kambing?”
Berkata si adik: “Tunjukkan kepadaku.”
Maka adiknya itu ditelentang dan disembelihnya. Setelah sembelih, dia menjadi takut apabila melihat banyak darah yang mengalir, lantas berlari ke bukit. Akhirnya dia mati dimakan serigala di atas bukit. Suamiku pergi mencari anakku yang berlari ke bukit dan dia pun mati kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku, tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju ke periuk panas yang airnya sedang mendidih. Anakku menarik periuk itu sehingga air panas didalamnya tertumpah di atas badan anakku sehingga kulitnya mengelupas. Berita ini sampai kepada anakku yang telah kahwin di tempat lain. Apabila dia mendengar berita yang menimpaku, akhirnya dia pengsan sehingga mati. Kini tinggal aku sebatang kara.”
Abul Hasan bertanya: “Bagaimana kamu boleh bersabar dengan musibah yang berat ini?”
Wanita itu berkata: “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia-sia saja.”
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyah dan orang yang mengeluh jka ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka.”
Wahai saudara-saudaraku muslimin dan muslimat, terimalah sesuatu yang menimpa diri kita itu dengan sabar kerana setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak Allah. Mungkin disebalik sesuatu itu ada hikmah. Wallahualam. Amin.
La